Sunday, 1 January 2017

KREIZ...PERFUME by KAKA AZRAFF




Di keluarkan dalam EAU DE PARFUME dengan kuantiti 30ml sahaja di pasaran. Dari segi pembungkusannya, i suka walaupun pembungkusannya tidak seperti pembungkusan beberapa haruman selebriti yang lain yang mana kotaknya lebih besar dari botol perfumenya. Jadi perlu ada 'sokongan' di dalam kotak itu supaya perfume tak bergoyang.







- BOLEH DI BAWA SOLAT
- TAHAN 8 JAM ATAU LEBIH
- HALAL
BAU ALA CITRUS DAN FLORAL
- EAU DE PARFUM
- 30 ML SEBOTOL



Dari segi kotak, bagi iols ia simple. Kemasan hanya menggunakan spot UV sahaja tanpa ada blink2 dan warna-warna yang menyerlah. Tema grey atau warna kelabu telah dipilih untuk kotak ini. Tapi, kalau Kaka buat kotaknya hitam, kemudian grafiknya putih atau silver, pasti lagi meletup dan menampakkan perfume ni mahal dan sangat eksklusif sesuai dengan warna botolnya. Ini sekadar cadangannya sahaja. Sebab tema warna yang dipilih untuk kotak KREIZ ni terlau simple. Walaupun designnya depan dan belakang tak sama, tapi tetap tak menampakan kotak perfume ini mewah. Terlalu hambar dan tak cerita.







Khas untuk mereka yang suka bau citrus dan floral yang kuat, perfume KREIZ ni selayaknya untuk anda miliki. Semburan kali pertama citrus + floral yang fresh seakan bau bunga oren menguasai suasana. Lama kelamaan, bau lembut tadi perlahan-lahan bertukar bau citrus yang agak tajam. Kepada yang tak faham bau citrus tu macam mana, bau citrus ni seakan bau limau atau bau buah-buahan masam. Begitulah bau untuk perfume ini. Bau citrus yang agak tajam!






Resellers Are Welcome.
 Wholesales & Retail Purchases Are Avail too.
Any inquiries u may whatsapp/sms me at no. given below,
Anna Mika : +65 94282921

1 comment:

  1. Casino at Borgata to get online gambling on July 1
    Casino at Borgata to get 평택 출장마사지 online gambling on July 1 the Borgata 광명 출장안마 to get online gambling on July 영주 출장안마 1, according 통영 출장샵 to the 사천 출장마사지 online gambling market.

    ReplyDelete